Header Ads

Bantuan Kewangan Asasi IPTA 2017

Bantuan Kewangan Asasi IPTA |Anda dah mohon biasiswa pelajaran? Berita baik pelajar pengajian tinggi yang memerlukan bantuan pembiayaan atau biasiswa. Untuk makluman pemohon, Bantuan Kewangan Asasi IPTA ada menawarkan biasiswa kepada pelajar program bertaraf asasi. Pembiayaan Bantuan Kewangan Asasi IPTA adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM40,000 sahaja. Disini MyBiasiswa kongsikan maklumat lanjut tentang biasiswa ini.

Bantuan Kewangan Asasi IPTA

Pelajar daripada golongan sasaran B40 dan M40 yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau setaraf dengannya adalah layak memohon. Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin.

Bantuan Kewangan Asasi IPTA 2017


Berikut adalah maklumat penting permohonan Bantuan Kewangan Asasi IPTA tahun 2017 yang memaparkan syarat permohonan dan cara memohon seperti di bawah ;

Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Asasi IPTA 


Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Bantuan Kewangan Asasi IPTA ;

● Pemohon adalah warganegara Malaysia.
● Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000.
● Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau setaraf dengannya;
● Kursus pengajian yang telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tempat Pengajian

● Universiti Malaya
● Universiti Teknologi Malaysia
● Universiti Utara Malaysia
● Universiti Putra Malaysia
● Universiti Malaysia Sabah
● Universiti Kebangsaan Malaysia
● Universiti Malaysia Sarawak
● Universiti Sains Islam Malaysia
● Universiti Sultan Zainal Abidin
● Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
● Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
● Universiti Teknologi Mara

Permohonan Bantuan Kewangan Asasi IPTA 


Berikut adalah cara membuat permohonan Bantuan Kewanhan Asasi IPTA bagi pelajar yang berkelayakan dan berminat seperti ;

● Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pendidikan Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian masing-masing
● Semak dan tawaran program boleh dibuat secara online melalui laman web KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut ;
→ Surat Tawaran
→ Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi.
→ Borang penyata kewangan penjamin
→ Panduan mengisi borang perjanjian
→ Dokumen perjanjian yang lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran
→ Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
● Permohonan perlu dihantar melalui UA masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi ;

Unit SLAB/SLAI
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No.2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Atau ;

Talian Hotline : 03 - 8888 1616

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 NOVEMBER 2017

Selamat membuat permohonan biasiswa Bantuan Kewangan Asasi IPTA sesi 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini. Untuk membuat semakan Bantuan Kewangan Asasi IPTA, klik DISINI. Sila kongsi dan bookmark.

No comments

Powered by Blogger.