Header Ads

Biasiswa Daikin Malaysia 2017

Biasiswa Daikin Malaysia 2017@ Daikin Malaysia Scholarship| Anda dah mohon biasiswa pelajaran di Malaysia? Jika belum anda boleh cuba membuat permohonan program Biasiswa Daikin Malaysia. Daikin adalah syarikat penghawa dingin no 1 dunia, yang menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak dan telah menerima tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Universiti Swasta di Malaysia untuk program Ijazah pertama mereka. Biasiswa Daikin mensasarkan bantuan kewangan kepada mereka yang bakal dan sedang menduduki ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuuruteraan, Teknologi Maklumat, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Sains. Disini MyBiasiswa kongsikan maklumat lanjut tentang biasiswa ini di bawah.

Biasiswa Daikin Malaysia 2017

Biasiswa Daikin Malaysia 2017


Berikut adalah kriteria biasiswa Daikin dan cara permohonan biasiswa ini seperti ;

Kriteria / Syarat Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 


● Pemohon adalah warganegara Malaysia.
● Pengajian sepenuh masa dan mengikuti Ijazah Sarjana Muda.
● Sudah mendapat tawaran dari IPTA atau IPTS.

Syarat Kelayakan Akademik

● SPM atau setaraf minimum 6A lulus semua subjek.
● STPM atau setaraf minimum 2A lulus semua subjek.
● MUET minimum Band 4.

Bidang Ditaja 

* Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
* Kejuruteraan Mekanikal
* Kejuruteraan Mekatronik
* Kejuruteraan Pembuatan
* Teknologi Maklumat
* Perakaunan
* Sains
* Pengurusan Perniagaan

Ikatan Perjanjian

● Mereka yang menerima biasiswa ini dikehendaki bekerja dengan Daikin atau mana-mana anak syarikat Daikin Malaysia Group mengikut tempoh tajaan pengajian.
● Ikatan akan bermula sebaik sahaja kursus ijazah selesai dengan surat pelantikan diberikan.
● Penerima biasiswa perlu membayar semula jika mereka berhenti kerja di Daikin sebelum tamat tempoh perjanjian biasiswa.

Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 


Berikut adalah cara memohon Biasiswa Daikin seperti ;

1. Borang permohonan boleh dimuat turun dengan klik disini.
2. Pemohon boleh kemukakan permohonan kepada daikin.scholarship@daikin.com.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2017

Untuk pertanyaan lanjut tentang Daikin Scholarship 2017, boleh emel kepada daikin.scholarship@daikin.com.my.

Selamat memohon biasiswa Daikin Malaysia 2017. Semoga program biasiswa ini membantu anda lanjutan pelajaran ke universiti tempatan. Terima kasih membaca artikel Biasiswa Daikin Malaysia. Sila share dan bookmark.

No comments

Powered by Blogger.