Header Ads

Biasiswa KarangKraf 2017

Biasiswa KarangKraf 2017|Anda dah mohon biasiswa pelajaran 2017? Jika belum pemohon boleh membuat permohonan Biasiswa KarangKraf 2017. Biasiswa KarangKraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah. Disini MyBiasiswa kongsikan maklumat lanjut tentang biasiswa ini.

Biasiswa KarangKraf 2017

Biasiswa KarangKraf 2017


Berikut adalah kriteria permohonan Biasiswa KarangKraf dan cara memohon biasiswa ini seperti ;

Syarat Permohonan Biasiswa KarangKraf 


● Warganegara Malaysia dan berumur kurang daripada 25 tahun
● Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum.
● Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
● Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.

Kriteria Kelayakan Pelajaran
● Keputusan cemerlang dalam SPM minimum 8 Kepujian.
● STPM/ Matrikulasi, Diploma atau Setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00.

Permohonan Biasiswa KarangKraf 


Berikut adalah cara memohon Biasiswa KarangKraf 2017 seperti di bawah ;

Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.

1. Pemohon boleh download borang permohonan dalam bentuk PDF disini.
2. Borang yang lengkap diisi dengan jelas, boleh emelkan dan pos ke alamat seperti berikut ;

Biasiswa KarangKraf, Kumpulan Media KarangKraf,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200, Shah Alam, Selangor.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 DISEMBER 2017

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh terus hubungi 03- 5101 3325/3327 atau terus layari laman web http://www.karangkraf.com/dana.

Selamat maju jaya memohon biasiswa karangkraf 2017. Semoga anda mendapat biasiswa pelajaran ini. Terima kasih sudi membaca artikel Biasiswa KarangKraf 2017. Sila share dan bookmark.

No comments

Powered by Blogger.