Header Ads

Biasiswa Program Khas Peduli Siswa 2017

Biasiswa Program Khas Peduli Siswa 2017|Anda dah mohon biasiswa pelajaran 2017? Adakah anda calon daripada anak negeri Selangor? Jika ya anda boleh membuat permohonan Program Khas Peduli Siswa 2017 untuk pembiayaan pelajaran anda khas kepada pemohon yang menuntut pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Dimaklumkan kadar pembiayaan pada peringkat Diploma adalah RM4,900 setahun manakala peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Perubatan adalah RM6,500 dan RM7,000 masing-masing. Program biasiswa ini juga diberi keutamaan kepada pelajar yang mendapat pembiayaan separa daripada PTPTN. Disini MyBiasiswa kongsi maklumat lanjut tentang biasiswa ini di bawah.

Biasiswa Program Khas Peduli Siswa 2017

Biasiswa Program Khas Peduli Siswa 


Berikut adalah syarat, kriteria permohonan dan cara memohon program Khas Peduli Siswa seperti ;


Syarat Permohonan Program Khas Peduli Siswa 


● Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.
● Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor.
● Pemohon telah bermastautin lebih daripada 5 tahun di Selangor.
● Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda
● Keutamaan diberikan kepada Anak Selangor

Syarat Akademik Program Khas Peduli Siswa 


i. Diploma
● Memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM atau ;
● Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas

ii. Ijazah Sarjana Muda
● Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi / Diploma dengan PNGK/CGPA 2.50 ke atas atau
● Memperoleh sekurang-kurangnya 4 gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM atau ;
● Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan jayyid dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.

Tempat Pengajian
* Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
* Universiti Kebangsaan Malaysia
* Universiti Putra Malaysia
* Universiti Teknologi Mara

Kadar Pembiayaan 

Biasiswa Program Khas Peduli Siswa 2017

Permohonan Program Khas Peduli Siswa 


Untuk pemohon yang baru mendaftar, sila klik pautan disini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 OGOS 2017

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh rujuk disini. Jika anda ingin memohon biasiswa lain, boleh klik di pautan di bawah ;

>> Senarai Tawaran Biasiswa di Malaysia 2017/18

Selamat maju jaya memohon biasiswa program Khas Peduli Siswa 2017. Semoga anda mendapat pinjaman biasiswa pelajaran ini. Terima kasih membaca artikel Biasiswa Program Khas Peduli Siswa. Sila share dan bookmark.

No comments

Powered by Blogger.