Header Ads

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2017

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2017 | Berita baik kepada pelajar pengajian tinggi yang memerlukan bantuan pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Yayasan Bank Rakyat ada menawarkan biasiswa kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam peringkat Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Anda boleh membuat permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat ini akan dibuka 2 kali dalam setahun pada Mei 2017 hingga Julai 2017 manakala peringkat kedua akan dibuka pada Ogos 2017 hingga Oktober 2017.

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2017

Yayasan Bank Rakyat atau juga dikenali sebagai Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah ditawarkan juga kepada pemohon yang ditawarkan kemasukan atau yang sedang berada di tahun pertama pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Disini MyBiasiswa kongsikan maklumat lanjut tentang biasiswa YBR ini.

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2017


Berikut adalah maklumat penting permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2017 yang memaparkan tarikh tutup permohonan, syarat kelayakan, amaun, bidang ditaja dan cara permohonan biasiswa ini seperti di bawah ;

Syarat Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2017


● Warganegara Malaysia
● Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan
● Berumur tidak melebihi 30 tahun setelah tamat pengajian untuk Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
● Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat baki akaun minimum adalah RM100

Syarat Kelayakan Mengikut Peringkat Pengajian 


Doktor Falsafah (PHD)
- Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana dengan CGPA 3.00 ke atas

Ijazah Sarjana
- Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.00 ke atas

Ijazah Sarjana Muda
- Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dengan CGPA 3.00 ke atas atau Matrikulasi/ Asasi dengan CGPA 3.00 ke atas atau Sijil Tinggi Pelajaran dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.00 atau Sijil Tinggi Agama dengan sekurang-kurangnya mendapat kelulusan Jayyid Jiddan atau Mumtaz dengan kelulusan setara dengan STPM.

Bidang Pengajian Ditaja Yayasan Bank Rakyat 


Yayasan Bank Rakyat (YBR) menawarkan penajaan kepada semua bidang untuk universiti tempatan kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan. Bidang pengajian seperti berikut ;
● Accounting
● Banking
● Business Management
● Human Resources
● Economics
● Law
● Media Communications

Amaun Yayasan Bank Rakyat 

Jumlah tajaan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)/ Biasiswa adalah bergantung kepada peringkat pengajian seperti berikut ;

√ Ijazah Kedoktoran - Sehingga RM18,600 setahun
√ Ijazah Sarjana - Maksimum RM12,000 setahun
√ Ijazah Sarjana Muda - Maksimum RM9,500 setahun (UiTM hanya RM6,500)
√ Diploma - Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000 setahun)
√ Diploma Kemahiran - Sehingga RM30,000 dua tahun

Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat


Berikut adalah cara permohonan Yayasan Bank Rakyat 2017 seperti di bawah ;

● Anda boleh membuat permohonan biasiswa YBR ini secara online melalui link ini → KLIK SINI

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 OKTOBER 2017

Baca juga :
Senarai Biasiswa Terkini di Malaysia 2017/18

Selamat membuat permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk membantu kos pengajian anda. Terima kasih membaca artikel Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2017. Sila share dan bookmark.

No comments

Powered by Blogger.