Header Ads

Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng 2017

Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng 2017| Berita baik pelajar pengajian tinggi yang memerlukan bantuan pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng ada menawarkan biasiswa kepada pelajar yang sedang menuntut pengajian di tahun pertama ijazah sarjana muda di institusi pengajian tempatan. Tan Sri Lee Loy Seng Foundation adalah sebuah yayasan pendidikan yang memberi biasiswa kepada pelajar Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa. Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan biasiswa ini dengan kadar jumlah RM5,500 setahun bagi Diploma manakala RM8,000-RM9,500 setahun bagi ijazah pertama. Disini MyBiasiswa kongsikan maklumat lanjut biasiswa ini di bawah.

Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng 2017

Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng 2017


Berikut adalah maklumat penting permohonan biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng tahun 2017 yang memaparkan tarikh tutup permohonan, syarat kelayakan, cara memohon dan jumlah bantuan seperti di bawah ;

Syarat Permohonan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng 


Berikut adalah syarat kelayakan permohonana Biasiswa Yayasan Tam Sri Lee Loy Seng ;

● Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap.
● Tidak memegang pinjaman biasiswa dari organisasi lain.
● Mendapat keputusan akademik yang baik untuk SPM dan STPM.
● Memiliki CGPA minimum 2.80 dan ke atas untuk pelajar yang sedang menuntut pengajian di tahun pertama ijazah sarjana muda.

Permohonan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng 


Berikut adalah cara memohon biasiswa Yayasan Tan Sei Lee Loy Seng bagi pelajar yang berkelayakan dan berminat seperti ;

● Permohonan ini dari yayasan telah dibuka kini hingga 15 September 2017.
● Semua permohonan biasiswa hendaklah menggunakan borang dan boleh didapati ;

Pengurus Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng 39,
Persiaran Zarib 1 Taman Pinji Mewah
31500, Lahat, Perak Darul Ehsan.

Atau

Wisma Taiko 1 Jalan S P Seenivasagam
30000, Ipoh, Perak Darul Rizduan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 SEPTEMBER 2017

Selamat membuat permohonan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng tahun 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk membantu kos pengajian anda. Terima kasih membaca artikel Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng 2017. Sila share dan bookmark.

No comments

Powered by Blogger.