Header Ads

Biasiswa Top Glove 2017 Online

Biasiswa Top Glove 2017 Online| Berita baik kepada pelajar pengajian tinggi yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Kumpulan Wang Biasiswa Top Glove telah ditubuhkan dengan objektif untuk menawarkan biasiswa kepada yang berkelayakan. Tawaran biasiswa ini adalah bagi pelajar yang mengikuti kursus-kursus peringkat Ijazah Pertama sahaja secara sepenuh masa di Pusat Pengajian Tinggi Tempatan.

Biasiswa Top Glove 2017 Online

Permohonan Biasiswa Top Glove 2017 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan permohonan biasiswa Top Glove 2017 termasuklah syarat kelayakan, aplikasi permohonan online dan cara hubungi ;

Kriteria & Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Top Glove 2017


● Berumur di bawah 25 tahun.
● Memiliki keputusan akademik yang baik dalam SPM/ STPM setaraf
● Telah mendapat tawaran ke universiti awam tempatan.
● Bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Bidang Pengajian 

● Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal, Kimia
● Chemistry, Bio Kimia, Fizik, Matematik
● Pergigian
● Perubatan
● Kejuruteraan Awam
● Sains Polimer/ Sains Gunaan
● Undang-undang

Cara Memohon Biasiswa Top Glove 2017


Untuk membuat permohonan Biasiswa Top Glove 2017 menerusi link di bawah ;

Pemohon perlu menghantar borang permohonan biasiswa Top Glove dengan lengkapkan isi borang tersebut. Dapatkan borang permohonan disini. Anda perlu sertakan salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, semua transkrip akademik sekolah (UPSR, PMR/ PT3 & SPM) dan keputusan kursus asas (STPM, A-Level, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah)

Tarikh Tutup Permohonan PWPT 2017


31 DISEMBER 2017

Baca juga :
● Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2017/2018

Selamat membuat permohonan biasiswa Top Glove tahun 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk membantu pembiayaan kos pengajian anda. Terima kasih membaca artikel Biasiswa Top Glove 2017 Online. Sila share dan bookmark.

No comments

Powered by Blogger.