Header Ads

Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) TAPEM 2017

Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) TAPEM 2017 | Berita baik kepada pelajar pengajian tinggi yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Pinjaman Wang Pengajian Tinggi atau PWPT mempelawa kepada anak negeri Melaka mendapatkan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM). Tawaran adalah bagi pengambilan sesi NOV 2017 untuk mengikuti kursus-kursus peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Pertama sahaja di Pusat Pengajian Tinggi Tempatan.

Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) TAPEM 2017 Online

Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) TAPEM 2017 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan permohonan pinjaman wang pengajian tinggi (PWPT) termasuklah syarat kelayakan, aplikasi permohonan online dan cara hubungi ;

Kriteria & Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM 


● Pemohon lahir di negeri Melaka atau ibu/ bapa pemohon lahir negeri Melaka atau menetap di negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun.
● Hanya pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat DIPLOMA dan IJAZAH sahaja.
● Hanya pemohon daripada institusi atau universiti yang tersenarai dalam tajaan pinjaman sahaja layak memohon. [KLIK SINI].

Cara Memohon Tawaran Pinjaman Wang Pengajian Tinggi PWPT 2017


Untuk membuat permohonan pinjaman wang pengajian tinggi TAPEM menerusi link di bawah ;

● Borang permohonan boleh didapati di pejabat Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), di alamat No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.

● Permohonan juga boleh dibuat secara online dengan memilih pautan e-TAPEM di laman utama atau terus ke alamat http://tapemonline.melaka.gov.my.

● Permohonan yang telah lengkap diisi (secara manual atau online) perlu disertakan bersama salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi, Sijil Kelahiran dan sijil-sijil persekolah yang telah disahkan. Semua dokumen tersebut hendaklah sampai ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh permohonan ditutup.

Tarikh Tutup Permohonan PWPT 2017


31 DISEMBER 2017

Cara Hubungi TAPEM 

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi di no talian seperti ;

○ Tel : 06- 3333333 samb. 3215, 3205, 3213, 3201

Baca juga :
● Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2017/2018

Selamat membuat permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM tahun 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk membantu pembiayaan kos pengajian anda. Terima kasih membaca artikel Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) TAPEM 2017. Sila share dan bookmark.

1 comment:

  1. Halo,
    Ini untuk memberi tahu masyarakat umum bahwa Nyonya Rose Badmus, pemberi pinjaman swasta telah membuka kesempatan finansial bagi siapa pun yang membutuhkan bantuan finansial. Kami memberikan pinjaman kepada perorangan, perusahaan dan perusahaan dengan syarat dan ketentuan yang jelas dan dapat dimengerti hanya dengan suku bunga 2%. hubungi kami hari ini melalui e-mail agar kami bisa memberikan syarat dan ketentuan pinjaman kami di: (roseofsharonfinance@gmail.com)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.