Header Ads

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online | Berita baik kepada pelajar pengajian tinggi khasnya untuk anak jati negeri Sabah yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) merupakan satu biasiswa atau bantuan kewangan pendidikan yang ditawarkan kepada mahasiswa yang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di universiti-universiti terbaik tempatan. Permohonan Biasiswa BKNS 2018 ini akan dibuka pada awal bulan April setiap tahun.

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan permohonan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online termasuklah syarat kelayakan, aplikasi permohonan online dan cara hubungi ;

Syarat Kelayakan Umum & Akademik Permohonan BKNS 2018


1. Had Umur
● Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
● Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
 
2. Kelayakan Akademik

i. Kursus Diploma
 
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.  Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.

ii. Kursus Sarjana Muda

● Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
● Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
● Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
● Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
● Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

iii. Perubatan, Pergigian dan Farmasi
 
● Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.  Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
● Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Bidang Pengajian 

1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
● Juruukur
● Pertanian
● Jurukur Bahan
● Perakaunan
● Kejuruteraan
● Sains Tulen
● Kesihatan
● Perusahaan Ternak
● Seni Bina (Architecture)
● Pengurusan Hartanah
● Teknologi Maklumat

2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
● Akuakultur
● Perikanan
● Ekonomi
● Pertanian
● Farmasi
● Perubatan
● Juru Ukur Bahan
● Perhutanan
● Kejuruteraan
● Perubatan Veterinar
● Komunikasi
● Psikologi
● Matematik
● Sains Alam Sekitar
● Sains Biologi Marin
● Pelancongan dan Hospitaliti
● Sains Bioteknologi
● Pendidikan
● Sains dan Teknologi Makanan
● Pengajian Islam
● Sains Komputer
● Perakaunan
● Undang-Undang
● Pergigian

Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online


Permohonan dibuat melalui ‘online’ dengan melayari sesawang : www.biasiswa.sabah.gov.my mulai bulan April 2018 Pemohon hendaklah  mempunyai e-mel peribadi yang aktif.

Tarikh Tutup Permohonan BKNS 2018


Akan dikemaskini 

Baca juga :
● Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2017/2018

Selamat membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk membantu pembiayaan kos pengajian anda. Terima kasih membaca artikel Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online. Sila share dan bookmark.

No comments

Powered by Blogger.