Header Ads

Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 Online

Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 Online | Adakah anda pelajar Ijazah atau PHD? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa luar negara. Menerusi Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima makluman dari Kedutaan Besar Republik Iran di Kuala Lumpur mengenai tawaran Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 kepada warganegara Malaysia untuk mengikuti program prasiswazah dan pascasiswazah sepenuh masa di 25 universiti terkemuka di negara tersebut.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 Online

Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 termasuk syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi :

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018


Bahasa Parsi merupakan medium utama dalam semua peringkat pengajian namun kelas bahasa akan diberikan kepada pelajar. Antara syarat –syarat permohonan Biasiswa adalah seperti berikut:

1. Kelayakan Akademik (CGPA Minimum Daripada 20)

● Ijazah Sarjana Muda : 22
● Ijazah Sarjana Muda (Kesusasteraan Parsi & Teologi) : 25
● Ijazah Sarjana (Master) : 26
● Ijazah Sarjana (Kesusasteraan Parsi & Teologi) : 29
● PHD : 31
● PHD (Kesusasteraan Parsi & Teologi) : 34

2. Kriteria Umur Maksimum

● Ijazah Sarjana Muda : 14
● Ijazah Sarjana dalam Kemanusiaan, kesusasteraan dan Pertanian : 15
● Ijazah Sarjana dalam Teknologi, kejuruteraan dan sains asas : 14
● PhD: 16
● Doktor Profesional dalam Perubatan :16

Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018


Bagi anda yang berkelayakan boleh muat turun borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 menerusi pautan di bawah :

○ Klik : https://www.mohe.gov.my/muat-turun/awam/borang-1/416-iran-scholarship-application-form-of-international-students

Borang permohonan perlu dilengkapkan dan dihantar ke:

Scientific Counselor and Director of Iranian Students in East Asia, Embassy of I.R Iran in Kuala Lumpur.
Office: C-19-3A, KL Trillion, 338, Jalan Tune Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

Documents needed :
1. Cover letter addressed to the Scientific Counselor of Iran in East Asia
2. Recent and updated Resume
3. Copy of passport (all pages with at least 12 months validity)
4. Copy of translated and verified educational certificates and transcripts
5. Two Photo (passport size)
6. Health Certificate

Nota Penting :
● Biasiswa Kerajaan Republik Iran memberi Biasiswa penuh dengan menanggung yuran pengajian, menyediakan penginapan serta elaun.
● Tarikh tutup permohonan pada 15 Februari 2018.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut hubungi di talian berikut ;

1. 03-2710 9162 (Office of the Scientific Counselor of Iran in East Asia)
2. 03-8870 6387 (Pn. Hanizah Binti Hamdan, Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi)
3. 03-8870 5389 (Cik Najlia Binti Mohd Nasir, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa)

BACA JUGA :
● Senarai Biasiswa 2018 Malaysia 

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.