Header Ads

Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 Online

Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 Online | Adakah anda pelajar Ijazah Sarjana atau PHD? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa luar negara. Untuk makluman, bagi warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat boleh membuat Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 secara online. Biasiswa ini terbuka kepada pengajian di peringkat Sarjana dan PHD. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Februari 2018.

Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 Online

Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 termasuk syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi :

Syarat Kelayakan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018


Antara syarat-syarat permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom adalah seperti berikut:

Calon mestilah :

1. Seorang pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional yang kini berkhidmat secara sepenuh masa.
2. Telah disahkan menjadi sebahagian daripada skim perkhidmatan pada tarikh tutup (22 Februari, 2018).
3. Tidak berumur lebih dari 50 tahun untuk mereka yang ingin mengikuti pengajian PhD, dan berumur 45 tahun untuk mereka yang mengikuti pengajian Master (sehingga 1 Januari 2018).
4. Mencapai purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) minima 85% selama 3 tahun berturut-turut (2014, 2015, 2016) .
5. Bebas tuduhan / hukuman kerana isu disiplin dan tidak pernah disabitkan / dituduh di mahkamah.
6. Tidak tersenarai di bawah senarai hitam JPA.
7. Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara untuk SATU tahun yang akan datang ATAU kursus lain untuk DUA tahun akan datang (berkuatkuasa dari 1 Disember 2017).
8. Kursus pengajian yang dipohon mestilah berkaitan dengan bidang tugas perkhidmatan.
9. Tidak menerima apa-apa jenis penajaan lain.
10. Mengikuti kursus yang merupakan tahap pengajian yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik tertinggi sedia ada.

Cara Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 Online 


Bagi anda yang berkelayakan boleh muat turun borang Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 menerusi pautan di bawah :

1. Anda perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal eSila JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my.
2. Anda perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web UK
Commonwealth Scholarships melalui pautan berikut:

○ Calon Ph.D
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/eas/applicants/phd-scholarships-low-middle-income-countries/

○ Calon Sarjana
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/eas/applicants/masters-scholarships/

Nota : Bagi calon-calon yang merupakan kakitangan Kerajaan, pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2018.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut hubungi di talian berikut ;

Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
No. Tel : 03- 88853546

BACA JUGA :
Senarai Biasiswa 2018 Malaysia 

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.