Header Ads

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyPHD Online

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyPHD Online | Adakah anda pelajar Ijazah Kedoktoran (PHD)? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa kerajaan. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menawarkan kepada pemohon warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyPHD secara online. Biasiswa ini terbuka kepada pengajian di peringkat Sarjana Kedoktoran sahaja.

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyPHD Online

MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat PHD untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang Ijazah Kedoktoran dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda "Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi". Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyPHD Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan MyBrain15 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi online :

Syarat Permohonan MyBrain15 2018


1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2018

3. Pemohon mestilah:
● Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap.
● Kakitangan swasta.
● Pensyarah IPTS.
● Kakitangan kerajaan/ badan berkanun/ IPTA (kontrak/ sambilan/ sementara).
● Pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.

6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyPhD.

7. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran sahaja.

8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.

Syarat Akademik Permohonan MyBrain15 2018


Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

● Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 – 4.00 atau setara.
● Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf kepada Ijazah Kedoktoran oleh Senat IPT.
● Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.75 – 4.00 atau Kelas Pertama.

Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan

(a) Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin dan pelajar perlu berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.

(b) Pelajar yang melanggar Perjanjian seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal dalam pengajian atau berhijrah ke negara lain dalam tempoh perjanjian akan dikenakan tindakan bayar balik atau ganti rugi.

Cara Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyPHD Online


1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15.

2. Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.

3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.

4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.

5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.

7. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.

8. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa dan pemohon perlu mencetak surat tawaran secara atas talian.

9. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran program. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

10. Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyPHD secara online. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan dijadikan rujukan untuk semua.

1 comment:

  1. Betul ke tiada syarat umur untuk mybrain15 2018?
    Aiyoooo...

    from your site :

    Syarat Permohonan MyBrain15 2018

    1. Warganegara Malaysia.

    2. Tiada had umur.

    Kenapa ini lain pulak (from https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/):


    Syarat-syarat Am
    1. Warganegara Malaysia

    2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2018

    ??????.

    please verify. Thank you.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.