Header Ads

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyMaster Online

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyMaster Online | Adakah anda pelajar Ijazah Sarjana? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa kerajaan. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menawarkan kepada pemohon warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyMaster secara online. Biasiswa ini terbuka kepada pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) sahaja.

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyMaster Online

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.

Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyMaster Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyMaster termasuk syarat kelayakan dandan aplikasi online :

Syarat Permohonan MyBrain15 2018 Bagi MyMaster


1. Warganegara Malaysia.

2. Tiada had umur.

3. Pemohon mestilah:
● Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap.
● Kakitangan swasta.
● Pensyarah IPTS.
● Kakitangan kerajaan/ badan berkanun/ IPTA (kontrak/sambilan/sementara).
● Pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.

6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.

7. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
○ Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.75 – 4.00 atau setara.
○ Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setara yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.50 – 2.74 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

8. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Sarjana sahaja.

9. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.

Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan

(a) Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin dan pelajar perlu berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.

(b) Pelajar yang melanggar Perjanjian seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal dalam pengajian atau berhijrah ke negara lain dalam tempoh perjanjian akan dikenakan tindakan bayar balik atau ganti rugi.

Cara Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyMaster Online


1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15.

2. Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.

3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.

4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.

5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.

7. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.

8. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa dan pemohon perlu mencetak surat tawaran secara atas talian.

9. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran program. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

10. Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyMaster secara online. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan dijadikan rujukan untuk semua.

1 comment:

  1. Bilakah tarikh permohonan untuk MyBrain15 2018 ini dibuka?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.