Header Ads

Permohonan Biasiswa Petronas 2020 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Permohonan Biasiswa Petronas 2020 Online | Anda ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda tahun 2020? Berita baik kepada pelajar IPTA yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, PETRONAS telah menawarkan biasiswa kepada pemohon yang berkelayakan dan penajaan ini terbuka untuk program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Permohonan Biasiswa Petronas 2018 Online

Bagi pemohon boleh membuat Permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS secara online di laman sesawang rasmi UTP. Calon yang layak akan disenaraipendek dan di temuduga untuk sesi pemilihan akhir.

Permohonan Biasiswa Petronas 2020 Online 


Berikut adalah maklumat tentang Biasiswa PETRONAS termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi ;

Kriteria & Syarat Kelayakan Biasiswa Petronas


● Warganegara Malaysia.
● Berumur di antara 17 hingga 19 pada tahun 2018.
● Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi.
● Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Bidang Pengajian Ditaja 

Teknikal: Kimia Gunaan, Kejuruteraan kimia, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Geologi / Geofizik, Kejuruteraan Bahan / Bahan Sains, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Petroleum Geosains

Bukan Teknikal : Akaun / Perdagangan / Kewangan, Sains Aktuari / Statistik, Sains Komputer, Ekonomi, Undang-undang, Psikologi

Cara Permohonan Biasiswa PETRONAS Online 


Bagi yang berkelayakan boleh membuat permohonan Biasiswa PETRONAS secara online menerusi link seperti di bawah ;

Bagi pemohon Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), anda wajib mengemukakan permohonan kemasukan UTP melalui http://www.utp.edu.my/.

Baca juga :
● Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia

Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa PETRONAS untuk membantu pembiayaan kos pengajian anda.

No comments

Powered by Blogger.