Header Ads

Permohonan Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018

Permohonan Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018 | Adakah anda pelajar Diploma atau Ijazah? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini ditawarkan Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018 secara online kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan permohonan tersebut. Permohonan ini telah dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2018.

Permohonan Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018

Permohonan Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018 


Berikut adalah maklumat penting tentang cara permohonan biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018 termasuk memaparkan kriteria kelayakan dan aplikasi online :

Kriteria Kelayakan Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018


Antara syarat kelayakan yang pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah :

1. Warganegara Malaysia, berumur tidak lebih daripada 25 tahun.
2. Tidak menerima atau terikat dengan mana-mana biasiswa daripada mana-mana institusi pendidikan atau organisasi.
3. Aktif dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum.
4. Memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM/UEC atau setarafnya dengan (bagi kursus Asasi dan diploma).
5. Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM/UEC atau setaraf dengannya (bagi kursus ijazah sarjana muda).

Cara Permohonan Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018 


1. Bagi calon berkelayakan yang boleh muat turun borang permohonan dari thestar.com.my/edufund.
2. Isikan maklumat Borang Permohonan Biasiswa tersebut dengan lengkap dan hantar ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.
3. Bagi pemohon biasiswa yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
4.  Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut :

The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.