Header Ads

Permohonan BKNS 2021 Online Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Permohonan BKNS 2021 Online Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah | Adakah anda pelajar Diploma atau Ijazah Sarjana Muda? Berita baik kepada pelajar institusi pengajian tinggi khususnya anak jati negeri Sabah yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) menawarkan kepada mahasiswa yang memenuhi syarat kelayakan yang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di Universiti Awam. Permohonan Biasiswa BKNS ini dijangka akan dibuka pada awal bulan April setiap tahun.

Permohonan BKNS 2018 Online Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Permohonan BKNS 2021 Online Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah


Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan permohonan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi ;

Tarikh Permohonan : sehingga 30 April 2021 

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 


1. Had Umur
● Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
● Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
   
2. Kelayakan Akademik

i. Kursus Diploma
 
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.  Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.

ii. Kursus Sarjana Muda

● Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
● Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
● Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
● Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
● Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

iii. Perubatan, Pergigian dan Farmasi
 
● Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.  Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
● Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Bidang Pengajian 

1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
● Juruukur
● Pertanian
● Jurukur Bahan
● Perakaunan
● Kejuruteraan
● Sains Tulen
● Kesihatan
● Perusahaan Ternak
● Seni Bina (Architecture)
● Pengurusan Hartanah
● Teknologi Maklumat

2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
● Akuakultur
● Perikanan
● Ekonomi
● Pertanian
● Farmasi
● Perubatan
● Juru Ukur Bahan
● Perhutanan
● Kejuruteraan
● Perubatan Veterinar
● Komunikasi
● Psikologi
● Matematik
● Sains Alam Sekitar
● Sains Biologi Marin
● Pelancongan dan Hospitaliti
● Sains Bioteknologi
● Pendidikan
● Sains dan Teknologi Makanan
● Pengajian Islam
● Sains Komputer
● Perakaunan
● Undang-Undang
● Pergigian

Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2021 Online


Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://biasiswa.sabah.gov.my/default2021.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia

Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini sekaligus dapat membantu pembiayaan kos pengajian anda.

No comments

Powered by Blogger.