Header Ads

Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor (YPJ) 2018 Online

Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor (YPJ) 2018 Online | Adakah anda pelajar yang bakal melanjutkan pengajian atau sedang belajar di IPTA/ IPTS? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa negeri. Untuk makluman, kini ditawarkan Pinjaman Pelajaran Johor (YPJ) 2018 kepada pelajar IPTA dan IPTS yang boleh dibuat secara online kepada yang memenuhi syarat kelayakan. Permohonan ini telah dibuka bermula daripada 21 Januari 2018 hingga 8 Februari 2018.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor (YPJ) 2018 Online

Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor (YPJ) 2018 Online 


Berikut dikongsikan adalah cara permohonan pinjaman pelajaran dalam negara YPJ 2018 termasuk syarat kelayakan, dokumen penting dan aplikasi online :

○ Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018

Syarat Permohonan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2018


a) Lahir dan menetap di Johor
b) Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan
c) Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
d) Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
e) Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa)
f) Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’
g) Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan)
h) PENTING : keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan

Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor (YPJ) 2018 Online


Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:-

LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di www.ypj.gov.my / www.bantuanpendidikanypj.com

LANGKAH 2: Semak emel untuk mencetak slip permohonan
LANGKAH 3: Hantar slip permohonan & dokumen sokongan yang diperlukan
LANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan)
LANGKAH 5: Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon
LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima

Dokumen Perlu Disertakan Permohonan YPJ 


a) Slip permohonan
b) Salinan kad pengenalan pemohon & ibubapa/penjaga
c) Salinan sijil kelahiran
d) Salinan surat tawaran ke IPT
e) Salinan sijil SPM & sijil berhenti Sekolah
f) Slip gaji/ pengesahan pendapatan ibu DAN bapa / penjaga.
g) Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan
h) Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor (YPJ) 2018 secara online. Moga anda berjaya mendapat tawaran pelajaran ini.

No comments

Powered by Blogger.