Header Ads

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018 | Adakah anda ingin melanjutkan pengajian atau sedang belajar di IPTA/ IPTS? Apakah pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa tahun 2018? Berita baik kepada pelajar khususnya untuk anak jati Selangor, dimana anda boleh membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018 secara online di portal rasmi TKWBNS. Permohonan pinjaman pelajaran ini hanya untuk pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan permohonan ini boleh dibuat bermula 1 Februari 2018 sehingga tarikh tutup pada 28 Februari 2018.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018

Untuk pengetahuan, Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi online :

Jadual Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018


○ Sesi Pertama: 1 - 28 Februari 2018
○ Sesi Kedua: 1 - 30 Ogos 2018

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor


Antara syarat-syarat kelayakan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018 adalah seperti berikut:

1. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
2. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon).
3. Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.
4. Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan biasiswa contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.

Syarat Akademik

1) Ijazah Sarjana Muda Pertama

○ Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.
○ Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM.
○ Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

2) Diploma

○ Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.
○ Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.

3) Sijil (IPTA)

○ Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

4) Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

○ Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018 Online


Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018 secara online di Portal rasmi TKWBNS. Sila klik pautan dibawah untuk membuat permohonan :

○ Aplikasi Online : http://tkwbns.selangor.gov.my/

Nota : SILA SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN ANDA SELEPAS DUA (2) MINGGU DARI TARIKH PERMOHONAN DITUTUP.

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran bantuan pelajaran ini.

No comments

Powered by Blogger.