Header Ads

Senarai Biasiswa Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor 2018

Senarai Biasiswa Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor 2018 | Adakah anda memerlukan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa tahun 2018? Untuk makluman, terdapat beberapa biasiswa yang anda boleh mohon daripada kerajaan Negeri Selangor iaitu Pinjaman Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor. Banyak jenis biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan khususnya kepada rakyat Selangor yang mungkin anda sendiri tidak tahu. Jadi disini MyBiasiswa kongsikan senarai biasiswa/pinjaman yang berada dibawah Tabung Kumpulanl Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).

Senarai Biasiswa Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor 2018

Senarai Biasiswa Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor 2018


Berikut adalah senarai biasiswa Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor tahun 2018 :

○ Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor (YPJ) 2018 Online

1. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor adalah merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman TANPA FAEDAH khususnya untuk anak jati Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara.

Klik untuk info lanjut : Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

2. Program Khas Peduli Siswa

Biasiswa Program Khas Peduli Sihat ii ditawarkan untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PUNCAK ALAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SUNGAI BULOH, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG dalam peringkat pengajian diploma, ijazah pertama dan ijazah perubatan. Biasiswa ini akan dibuka pada 1 Februari hingga 28 Februari 2018.

Klik untuk info lanjut : Program Khas Peduli Siswa

3) Bantuan Khas Siswa Selangor (Mesir, Jordan Dan Maghribi)

Bantuan Khas Siswa Selangor ini khususnya untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu Mesir, Jordan dan Maghribi. Untuk makluman, permohonan Khas Siswa Selangor ini bagi tahun 2018 masih belum dibuka lagi.

Klik untuk info lanjut : Bantuan Khas Siswa Selangor

4) Program Khas Biasiswa Selangorku

Program Khas Biasiswa Selangorku ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di IPTS UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan kepada yang berpendapatan rendah.

Klik untuk info lanjut : Program Khas Biasiswa Selangorku

5) Program Khas Selangor Brain Bank

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara.

Klik untuk info lanjut : Program Khas Selangor Brain Bank

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor tahun 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran bantuan biasiswa ini.

No comments

Powered by Blogger.