Header Ads

Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi 2018 Untuk Lepasan SPM

Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi 2018 Untuk Lepasan SPM | Adakah anda pelajar lepasan SPM yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Asasi? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, bagi pemohon yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi khususnya kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui portal KPT bagi sesi pengajian 2018.

Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi 2018 Untuk Lepasan SPM

Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000 sahaja. Pelajar daripada golongan sasaran B40 dan M40 yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak memohon.

Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi 2018 Untuk Lepasan SPM


Berikut adalah maklumat tentang permohonan biasiswa kewangan pengajian Asasi 2018 termasuk syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi 2018


Antara syarat-syarat permohonan biasiswa Kewangan Pengajian Asasi sesi 2018 adalah seperti berikut :

1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
2. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000.
3. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.
4. Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Cara Permohonan Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi 2018 Online 


1. Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pendidikan Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing.
2. Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam.
3. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :
● Surat tawaran;
● Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
● Borang penyata kewangan penjamin;
● Panduan mengisi borang perjanjian;
● Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
● Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
4. Pemohonan perlu dihantar melalui UA masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit SLAB/SLAI
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
Talian Hotline : 03 – 8888 1616
Faks : 03 – 8870 6839

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat permohonan Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi 2018 secara online. Semoga anda berjaya dengan tawaran bantuan kewangan ini.

No comments

Powered by Blogger.