Header Ads

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2020/2021

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2020/2021. Adakah anda pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, bagi pemohon yang berkelayakan boleh memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2020. Permohonan penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 boleh dibuat dengan mengisi borang secara online melalui portal JPA bermula 5 Februari 2017 jam 5.00 petang dan tarikh akhir penyerahan borang permohonan juga ialah pada 2 Mac 2018.


Biasiswa Yang di-Pertuan Agong adalah biasiswa kerajaan Malaysia yang paling berprestij Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2020/2021


Berikut adalah Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi online :

Syarat Kelayakan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 


A. Kriteria utama:

● Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif.
● Prestasi semasa temuduga.

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

● Warganegara Malaysia;
● Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
● Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
● Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
● Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
● Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2018/2019

Bidang Pengajian 

1. Sains dan Teknologi
2. Ekonomi
3. Undang-Undang
4. Kewangan Islam

Cara Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian Online 


Permohonan penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) boleh dibuat dengan mengisi borang secara online melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my .

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia

Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini.

No comments

Powered by Blogger.