Header Ads

Permohonan Biasiswa Pendidikan The Star 2018 Online

Permohonan Biasiswa Pendidikan The Star 2018 Online | Adakah anda pelajar lepasan SPM yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Diploma atau Ijazah Sarjana Muda? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa Pendidikan The Star 2018 secara online bagi pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.


The star berkolaborasi dengan institusi-institusi pendidikan terbaik dalam menyediakan tawaran biasiswa kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Biasiswa ini ditawarkan untuk semua pengajian bermula daripada peringkat pra-universiti dan ijazah sarjana muda.

Permohonan Biasiswa Pendidikan The Star 2018 Online


Berikut adalah cara permohonan biasiswa Pendidikan The Star 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Biasiswa Pendidikan The Star 


Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah :

● Warganegara Malaysia, berumur tidak lebih daripada 25 tahun.
● Aktif dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum.
● Tidak menerima atau terikat dengan mana-mana biasiswa daripada mana-mana institusi pendidikan atau organisasi.
● Memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM/UEC atau setarafnya dengan (bagi kursus Asasi dan diploma).
● Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM/UEC atau setaraf dengannya (bagi kursus ijazah sarjana muda).

Cara Permohonan Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018 Online 


1. Anda boleh muat turun borang permohonan dari thestar.com.my/edufund.
2. Lengkapkan Borang Permohonan Biasiswa dan hantar ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.
3. Pemohon biasiswa yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
4. Sila ambil perhatian bahawa biasiswa hanya meliputi institusi-institusi dan kursus-kursus yang disenaraikan sahaja.
5. Permohonan mestilah sampai dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan SPM dan STPM diumumkan. Permohonan yang dihantar lewat tidak akan dilayan.
6. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut :

The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di ;

The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor
Phone: 0379671388
Email: edufund@thestar.com.my

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Pendidikan The Star 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.