Header Ads

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018 Online

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018 Online | Adakah anda pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, bagi pemohon yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahmn (BTAR) 2018 secara online bagi program Ijazah Sarjana Muda sahaja. Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan dibuka permohonan bermula 1 Mac 2018 sehingga tarikh tutup pada 31 Mac 2018.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018 Online

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018 Online


Berikut dikongsikan adalah cara permohonan biasiswa Tunku Abdul Rahman 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi online :

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA BTAR 2018


Antara syarat permohonan biasiswa Tunku Abdul Rahman adalah seperti berikut :

A. Syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

B. Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas .
(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang (jika) berjaya mencapai minimum PNGK 3.50 dan tahun pengajiannya masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
(iii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.
* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

(c) Syarat Tambahan

Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang di aturkan oleh pihak YTAR.

KADAR BIASISWA

Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.

PENARAFAN PENERIMA BTAR

Bagi mengekalkan taraf prestij dan eksklusif biasiswa ini, mana-mana Tunku Scholar yang gagal mengekalkan pencapaian PNGK 3.50 ke atas boleh dikenakan penalti seperti turun taraf kepada skim Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) atau Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR), atau ditamatkan pemberian dan gelaran 'Tunku Scholar' dilucutkan.

Cara Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018 Online 


1. Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
2. Hanya pemohon yang telah mengikuti Program Pemerhatian Ciri Kepimpinan sahaja akan dipanggil untuk temuduga pemilihan.
3. Pemohon yang gagal adalah mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018 secara online. Semoga pemohon berjaya mendaoat bantuan biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.