Header Ads

Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2018 Online

Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2018 Online | Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam peringkat Sarjana Kedoktoran (PHD)? Berita baik buat anda khususnya anak jati Selangor yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2018 secara online di portal TKWBNS.

Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2018 Online

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara bagi pengajian tahun 2018. Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon biasiswa khas ini daripada kerajaan negeri Selangor.

Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2018 Online


Berikut adalah cara Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

○ Senarai Biasiswa Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor 2018

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM KHAS SELANGOR BRAIN 2018


Antara syarat-syarat kelayakan Program Khas Selangor Brain Bank adalah seperti berikut :

1. Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.
2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi 5 tahun.
3. Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.
4. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
6. Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka luar negara dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2015 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
7. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
8. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550).
9. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
10. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
11. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
12. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
13. Sihat tubuh badan.
14. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
15. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.

KATEGORI PEMOHON:

A. Penjawat Awam

○ Berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
○ Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

B. Orang Awam

○ Sedang dan telah berkhidmat di sektor swasta di Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
○ Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan majikan. Sekiranya berjaya menerima tawaran, pemohon perlu mendapatkan surat pelepasan daripada majikan.

BIDANG PENGAJIAN

1. Skop Smart Selangor

● Governance
● Energy And Utility
● Water Management
● Waste Management
● Building And Housing
● Transport And Mobility
● Safety And Security
● Healthcare
● Disaster Management
● Food And Agriculture
● Education

2. Bidang Berkaitan

● Human & Social Development
● Culture & Heritage
● Manufacturing
● Environment
● Business
● Retail
● Commercial
● Technology
● Communication
● Islamic Affairs

Cara Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2018 Online


1. Anda perlu memuat turun borang di sini. Untuk masa sekarang permohonan masih belum dibuka.

2. Lengkapkan semua dokumen dan hantar secara SERAHAN TANGAN atau POS ke:
Urus Setia
Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam

3. Hanya permohonan yang LENGKAP akan diproses. Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. 4. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tajaan biasiswa negeri ini.

No comments

Powered by Blogger.