Header Ads

Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018

Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018| Adakah anda pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam bertaraf Ijazah? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini ditawarkan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018 secara online di laman sesawang rasmi CSR. Permohonan Biasiswa Great Eastern Supremacy ini telah dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 April 2018.

Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018

Anugerah Biasiswa Great Eastern Supremacy adalah salah satu program utama dalam industri insurans. Setiap tahun sejak tahun 1998, kami telah menjadi platform di mana hampir seratus orang yang layak, berbakat dan muda dapat mengejar impian mereka. Sehingga kini, Great Eastern Life telah memberi lebih daripada RM11.2 juta kepada 157 penerima yang berani bermimpi, berbeza, dan memimpin dalam merealisasikan impian tersebut.

Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018


Antara syarat-syarat yang pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah :

1. Pemohon warganegara Malaysia
2. Berumur dibawah 22 tahun
3. Sedang atau telah mendapat tawaran kemasukan bersyarat ke universiti awam atau swasta tempatan untuk kursus pengajian yang diluluskan
4. Pencapaian akademik:
● Minimum 3.5 CGPA atau setaraf dengannya di peringkat pra-universiti (STPM / Foundation / Matrikulasi atau 2A dan 1B untuk A-Level / Asasi Minimum 3.5 CGPA atau setaraf dengannya
5. Aktif dalam sukan dan aktiviti kurikulum
6. Penerima biasiswa tidak boleh terikat dengan atau memegang mana-mana biasiswa lain
7. Kontrak / Tempoh Bon Selepas

BIDANG TAJAAN

Berikut senarai bidang/kursus yang ditaja di bawah biasiswa ini:

● Perakaunan dan Kewangan
● Sains Aktuari
● Bioperubatan / Biohealth
● Pentadbiran Perniagaan
● Ekonomi
● Kejuruteraan (Mekanikal)
● Sains Komputer
● Pengajian Insurans
● Undang-undang
● Komunikasi Massa
● Pemasaran
● Matematik / Statistik
● Penyelidikan Operasi
● Pengurusan Risiko
● Pengurusan Sumber Manusia / Psikologi

Nota : Untuk mengetahui universiti yang menawarkan biasiswa ini anda boleh rujuk disini.

Cara Permohonan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018


1. Untuk mengemukakan permohonan biasiswa ini, sila muat turun dan isi borang permohonan dengan lengkap:

Download : Borang Permohonan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018

2. Borang permohonan perlu diisi dalam bahasa Inggeris sahaja dengan lengkap.
3. Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai biasiswa, anda boleh hubungi melalui:

Email:
scholarship@greateasternlife.com
Alamat:
Human Capital, Level 19
Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2018. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.