Header Ads

Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018

Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018 | Adakah anda pelajar lepasan SPM ingin melanjutkan pengajian ke luar negara? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, menurut dari portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Permohonan Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018 bagi lepasan SPM boleh dibuat secara online di laman sesawang JPA. Permohonan online bagi Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018 akan mula dibuka pada 19 hingga 26 Mac 2018.

Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2017 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018


Berikut dikongsikan adalah Permohonan Penajaan JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018
○ Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018
○ Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2018

Syarat Umum Permohonan Biasiswa JPA 2018


1. Calon adalah warganegara Malaysia;
2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun peperiksaan SPM diduduki;
3. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
4. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
5. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018


1. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan biasiswa JPA 2018 bagi Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018 menerusi online di http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php.
2. Permohonan ini akan ditutup pada 26 Mac 2018.
Selamat membuat Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk lanjutan pengajian ke luar negara.

No comments

Powered by Blogger.