Header Ads

Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2018

Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2018 | Adakah anda pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Berita baik buat calon yang memperolehi keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 untuk membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ tahun 2018 secara online di portal rasmi JPA. Permohonan Biasiswa Penajaan JPA ini telah dibuka bermula 19 Mac 2018 (Isnin) jam 5.00 petang sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2018.

Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2018

Program Penajaan 9A+ (P9A+) merupakan penajaan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 yang memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada) untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.

Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online :

○ Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Syarat Kelayakan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ 2018


A. Syarat Umum
(i) Calon adalah warganegara Malaysia;
(ii) Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
(iii) Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang
sama; dan

B. Syarat Khusus
(i) Menduduki peperiksaan SPM tahun 2017 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
(ii) Memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred
mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada).
(iii) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM
diduduki.
(iv) Berjaya mendapat tawaran pengajian dan memulakan pengajian peringkat persediaan sebelum atau pada 31 Disember 2018 di universiti yang ditetapkan.

Disiplin

A. PENAJAAN KE PROGRAM PERSEDIAAN

Pelajar-pelajar akan mengikuti program persediaan di dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Lampiran A.

B. PENAJAAN KE PERINGKAT IJAZAH PERTAMA

Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi dalam negara mengikut bidang seperti senarai di Lampiran B sahaja dengan syarat pelajar melepasi had kecemerlangan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Nota :
JPA tidak menaja program pengajian seperti berikut:
● Pendidikan
● Program yang mewajibkan pelajar mengambil lesen juruterbang
● Program Kejururawatan / Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
● Kursus-kursus profesional seperti ACCA, CLP dan sebagainya
● Program berkembar dengan institusi luar negara
● Program Double Degree
● Program-program lain yang belum mendapat pengiktirafan dan akriditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Cara Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2018


1. Pelajar yang berminat perlu mengisi eprofiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja.
2. Pelajar perlu memohon sendiri dan mendapatkan surat tawaran daripada institusi pengajian (peringkat persediaan) sebelum melengkapkan eprofiling sebelum atau pada 30 Jun 2018 jam 5.00 petang.
3. Setelah melengkapkan permohonan, pelajar perlu menghantar salinan dokumen (soft copy) ke alamat emel iaitu
penawaranlsp@jpa.gov.my. Surat tawaran penajaan JPA akan dikeluarkan selepas salinan dokumen tersebut diterima lengkap.
4. Senarai dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut:
i. Slip Pengesahan Permohonan;
ii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon; dan
iii. Surat Tawaran Institusi Pengajian.
5. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2018 (Sabtu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Untuk pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3070 / 3044 / 3045 / 3066 / 3076 pada setiap hari bekerja mulai jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang.

BACA JUGA :
● Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.