Header Ads

Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018

Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018 | Adakah anda pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Berita baik buat calon yang memperolehi keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2017 untuk membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa pendidikan. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional tahun 2018 secara online di portal rasmi JPA. Permohonan Biasiswa Penajaan JPA ini telah dibuka bermula 20 Mac 2018 (Isnin) jam 3.00 petang sehingga tarikh tutup permohonan pada 26 Mac 2018.

Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018

Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2018 merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 mengikut senarai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan
sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 20 universiti terbaik dunia di USA dan UK seperti yang disenaraikan dalam QS World University Ranking.

Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online :

○ Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Syarat Kelayakan Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018 


A. Syarat Umum

(i) Calon adalah warganegara Malaysia;
(ii) Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
(iv) Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

B. Syarat Khusus
(i) Menduduki peperiksaan SPM tahun 2017 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
(ii) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Cara Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018 


1. Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara atas talian (online) di
http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja.
2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

● Calon yang memohon akan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
● Program SAC ini dijadualkan pada 16 April 2018 hingga 19 April 2018 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon diSemenanjung (Selangor, WP Kuala Lumpur, N. Sembilan) Selatan (Melaka dan Johor), Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Sabah dan Sarawak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2018 (Isnin) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 mulai
20 hingga 26 Mac 2018 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Baca juga :
● Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2018
● Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.