Header Ads

Biasiswa Perguruan Persekutuan 2018 Bagi Program Ijazah Sarjana Muda

Biasiswa Perguruan Persekutuan 2018 Bagi Program Ijazah Sarjana Muda | Adakah anda pelajar yang melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda? Berita baik buat anda khususnya kepada mereka yang melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon–calon berkelayakan yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan (Fakulti Pendidikan) ambilan September 2016 & September 2017 dan bidang Kepakaran Pendidikan Khas (Fakulti Sains Sosial/ Sains Kesihatan) ambilan September 2017 untuk memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah KPM.

Biasiswa Perguruan Persekutuan 2018 Bagi Program Ijazah Sarjana Muda

Permohonan ini boleh dibuat secara online di alamat https://epenawaran.moe.gov.my. Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda dibuka mulai 1 April 2018 sehingga pada 30 April 2018.

Biasiswa Perguruan Persekutuan 2018 Bagi Program Ijazah Sarjana Muda


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2018 termasuk syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2018  


Antara syarat-syarat kelayakan biasiswa Perguruan Persekutuan adalah seperti berikut :

1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2018 (tahun permohonan);
3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa
Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Bagi calon Pendidikan (Fakulti Pendidikan), calon sedang mengikuti
pengajian tahun pertama dan kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti
di bawah ambilan September 2016 dan September 2017. Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
5. Bagi calon Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas (bidang
Pendidikan Khas, Fakulti Sains Sosial/Sains Kesihatan), calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti di bawah bagi ambilan September 2017. Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
6. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk
menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temuduga;
7. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada;
8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN YANG LAYAK MEMOHON

1. Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu/Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris/TESL/TESOL
3. Sejarah
4. Ekonomi Rumah Tangga
5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
6. Seni Visual
7. Geografi
8. Kimpalan dan Fabrikasi Logam

BIDANG-BIDANG SKIM LATIHAN TENAGA KEPAKARAN PENDIDIKAN KHAS – BIDANG PENDIDIKAN KHAS YANG LAYAK MEMOHON

1. Audiologi
2. Terapi Pertuturan
3. Terapi Cara Kerja
4. Psikologi
5. Fisioterapi

Cara Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2018 Online 


Berikut adalah cara Permohonan Biasiswa Perguruan bagi program Ijazah Sarjana Muda tahun 2018 :

1. Calon perlu mendaftar Nombor Kad Pengenalan dan Katalaluan dalam Daftar
Pengguna. Katalaluan tidak melebihi dari 6 aksara. Katalaluan yang telah didaftar
hendaklah disimpan dengan baik bagi membolehkan rujukan/ kemaskini.
2. Calon hanya dibenarkan membuat satu (1) permohonan sahaja.
3. Sebarang pindaan tidak boleh dibuat selepas permohonan dihantar.
Peringatan:
I. Borang permohonan yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak
akan dipertimbangkan dan diproses.
II. Permohonan secara online tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil. (Sijil-sijil perlu dibawa semasa temuduga).
III. Calon dinasihatkan supaya memuat turun borang permohonan sebagai
panduan untuk memudahkan proses mengisi borang secara online.
4. Calon perlu mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti
permohonan telah dibuat. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian 03-83217130 atau melalui e-mel di alamat bt.ijazah1@moe.gov.my.
5. Permohonan dibuka pada 1 April 2018 dan ditutup pada 30 April 2018.
6. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses atau
dipertimbangkan.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini.

No comments

Powered by Blogger.