Header Ads

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad 2021 (PNB) Online

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad 2021 (PNB) Online. Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Ijazah? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh memohon Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) tahun 2021 bagi pengajian Ijazah secara online di portal rasmi PNB. Permohonan biasiswa ini telah dibuka sehingga 25 Mac 2020 dan dikhususkan dalam bidang pengajian Ijazah sepenuh masa. Biasiswa ini adalah biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2018

Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana utama Malaysia dengan aset di bawah pengurusan lebih RM279 bilion. Portfolio PNB meliputi pelaburan strategik dalam syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah. Dengan aspirasi untuk menjadi rumah pelaburan tersendiri bertaraf dunia, PNB mempelawa semua calon berkelayakan untuk memohon Anugerah Biasiswa PNB 2020.

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad 2021 (PNB) Online


Berikut dikongsikan adalah Biasiswa Permodalan Nasional Berhad termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB)


Antara syarat-syarat biasiswa PNB yang pemohon mesti memenuhi semua keperluan seperti di bawah :

1. Memperolehi gred MINIMA 8A (A+ (Cemerlang Tertinggi) dan A (Cemerlang Tinggi) SAHAJA) Sijil Pelajaran Malaysia 2019. Gred A – (Cemerlang) TIDAK diambil kira sebagai salah satu dari keperluan gred minima 8A.
2. Memperolehi gred MINIMA 2A bagi subjek Bahasa Inggeris 1119 (GCE-O) Sijil Pelajaran Malaysia 2019.
3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2020.
4. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan, mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.
5. Mempunyai kemahiran insaniah dan komunikasi yang cemerlang.
6. Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.
7. Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian persediaan di Kolej Persediaan dalam negara (Malaysia) yang ditetapkan oleh PNB sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti yang ditetapkan oleh PNB, berdasarkan kelulusan PNB.

Permohonan Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) Online 


Kepada pemohon yang berkelayakan boleh memohon Biasiswa Permodalan Nasional Berhad secara online dengan memuat turun borang di http://www.pnb.com.my/pdf/scholarship/2020

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:
Jabatan Pendidikan
Tingkat 38, Menara PNB
201-A Jalan Tun Razak 6 
50400 Kuala Lumpur

Email:
edd@pnb.com.my
Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk pengajian masing-masing.

No comments

Powered by Blogger.