Header Ads

Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018

Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018 |Adakah anda pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Berita baik buat calon yang memperolehi keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2017 untuk membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa pendidikan. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018 secara online di portal rasmi JPA. Permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA ini telah dibuka bermula 19 Mac 2018 sehingga tarikh tutup permohonan pada 26 Mac 2018.

Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2018. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar
bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan
Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial. Program ini terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand dan Program Malaysia Japan Higher Education
Programme (MJHEP).

Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi online :

○ Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018
○ Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional (PPN) 2018

Syarat Kelayakan Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018


Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
ii. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2017;
iii. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
iv. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik;
v. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
vi. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Cara Permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018


Berikut adalah cara permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018 secara online :

1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my
selama lapan (8) hari selepas keputusan SPM diumumkan. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Program Khas JPA MARA Tahun 2018
sebagai bukti permohonan telah dibuat.
3. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web MARA di http://www.mara.gov.my.

STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

1. Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
2. Program SAC ini dijadualkan pada 16 April 2018 hingga 19 April 2018 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di Semenanjung (Selangor, WP Kuala Lumpur, N. Sembilan) Selatan (Melaka dan Johor),
Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Sabah dan Sarawak.

Keputusan Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018


Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2018 (Isnin) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my pada 11 Mei 2018 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 mulai
19 hingga 26 Mac 2018 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA 2018 secara online. Semoga tawaran biasiswa JPA MARA anda berjaya untuk pembiayan yuran kemasukan pengajian ke universiti awam.

No comments

Powered by Blogger.