Header Ads

Biasiswa Tajaan Kerajaan Taiwan 2018

Biasiswa Tajaan Kerajaan Taiwan 2018| Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Ijazah? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Taiwan 2018 secara online di portal rasmi PNB. Permohonan Biasiswa Taiwan dan Biasiswa HES bagi tahun 2018 telah dibuka sehingga 31 Mac ini bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.

Biasiswa Tajaan Kerajaan Taiwan 2018

Program Biasiswa MOE Taiwan menggalakkan pelajar Malaysia yang luar biasa yang menjalankan pengajian sarjana muda dan pascasiswazah di Taiwan. Kementerian Pendidikan Republik China (Taiwan) memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM5,398 (40,000 NTD) bagi setiap pelajar untuk satu semester. Bagi penerima yang mengikuti pengajian siswazah (pelajar sarjana muda) juga akan diberi simpanan bulanan RM2,024 (NTD 15,000) dan penerima yang menjalankan kajian pascasiswazah akan mendapat simpanan berjumlah RM2,599 (NTD 20,000) sebulan.


Biasiswa Tajaan Kerajaan Taiwan 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa Kerajaan Taiwan tahun 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online :

Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Taiwan 2018


Sukacita dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima pelawaan Program Biasiswa Tajaan Kerajaan Taiwan seperti berikut:

A. Ministry of Education 2018 Taiwan Scholarship Program (Kakitangan Kerajaan dan Orang Awam).
B. Ministry of Education, Huayu Enrichment Scholarship (HES) (Orang Awam sahaja).
C. International Higher Education Scholarship Program (Kakitangan Kerajaan dan Orang Awam).

Untuk sebarang maklumat lanjut, pemohon boleh melayari laman web TECO di alamat http://www.taiwanembassy.org/my_en/cat/8.html atau menghubungi Bahagian Pendidikan di talian 03-2162 3228, 03-2161 4439 sambungan 184/185 atau emel malaysia@mail.moe.gov.tw

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Taiwan 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

Sumber : Utusan

No comments

Powered by Blogger.