Header Ads

Biasiswa Yayasan Sabah 2018

Biasiswa Yayasan Sabah 2018 | Adakah anda pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Berita baik buat anda khususnya anak jati negeri Sabah yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini bagi pemohon berkelayakan boleh membuat permohonan Biasiswa Tajaan Yayasan Sabah 2018 secara online di portal rasmi yayasansabah. Permohonan Biasiswa Tajaan Yayasan Sabah ini telah dibuka sehingga tarikh tutup pada 20 April 2018.

Biasiswa Yayasan Sabah 2018

Seperti sedia maklum, permohonan biasiswa Yayasan Sabah akan dibuka setiap tahun bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan. Warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan bermastautin di Sabah dan atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dipelawa memohon tajaan Biasiswa atau Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah untuk mengikuti kursus peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah bagi sesi pengajian 2018.

Biasiswa Yayasan Sabah 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2018 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan:

○ Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM

Syarat Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2018


Antara syarat-syarat biasiswa tajaan Yayasan Sabah adalah seperti berikut :

1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
○ Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa
Melayu dalam peperiksaan SPM 2017.
2.  Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah
○ Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.
3. Biasiswa Kejuruteraan
○ Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam
peperiksaan Matrikulasi /’A’Level.
○ Kursus Foundation (Kejuruteraan)
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa
Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.
4. Biasiswa Perubatan Mesir
○ Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam
peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.
5. Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)
○ Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.
6. Dermasiswa Kemahiran Belia
○ Pemohonan daripada para Belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM.
7. Dermasiswa KTYS
○ Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.
8. Pinjaman Pengajian
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa
Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

JENIS TAJAAN

A. BIASISWA

1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
Kursus : Foundation/’A’ Level/Sijil
Tempat Pengajian : Dalam Negara, keutamaan kepada pelajar yang
mengikuti Program Berkembar /TTP

2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
Peringkat Pengajian : Diploma / Ijazah
Tempat Pengajian : Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/Twinning
Programme /ASEAN/Timur Tengah

3.  Biasiswa Ulum Islamiah
Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Timur Tengah

4. Biasiswa Perubatan Mesir
Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Timur Tengah

5. Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan
Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang (Program Kerjasama dengan Negara Jerman)
Kursus : Foundation (Kejuruteraan)
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) (Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang)

6. Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)
Peringkat Pengajian : Diploma
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah

B. Dermasiswa

1. Dermasiswa Kemahiran Belia
Peringkat Pengajian : Sijil
Tempat Pengajian : Intra International Skills Academy, Selangor
(Program Kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan)

2. Dermasiswa KTYS
Peringkat Pengajian : Sijil
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2018 Online


1. Permohonan dibuat melalui online dengan melayari laman web
http://www.yayasansabahgroup.org.my atau terus ke laman https://ysedu-online.net.my/.
2. Pemohon mestilah mempunyai e-mel
peribadi untuk permohonan online.
3. Dapatkan Nombor PIN bernilai RM3.00 untuk permohonan melalui online boleh didapati di pejabat-pejabat Yayasan Sabah seperti di bawah ;

1) Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah
Aras 5, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU

2) Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara
Blok 27 & 28, Tingkat 1
Langkon Commercial Centre
KOTA MARUDU

3) Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara
Tingkat 1, Pusat Kraftangan Sabah
Km 5, Jalan Apin-Apin, Keningau
Peti Surat 104
89007 KENINGAU

4) Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan
Blok C, Lot 19, Bangunan Beaufort Jaya
Peti Surat 160
89807 BEAUFORT

5) Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara
Lot 10, Blok J, Bandar Ramai-Ramai
Beg Berkunci No.1
90009 SANDAKAN

6) Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan
Tingkat 3, Bangunan UMNO Kalabakan
Peti Surat 820
91008 TAWAU

7) Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur
Wisma Yayasan Sabah
5-5E, Lorong Enau, Off Jalan Ampang
55000 KUALA LUMPUR

8) Pejabat Yayasan Sabah
Aras 6, M6-3
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Off Jalan Tunku Abdul Rahman
88000 KOTA KINABALU

4. Cetakan Borang permohonan secara online yang telah lengkap diisi WAJIB
dikemukakan dengan salinan dokumen yang telah disahkan benar seperti
berikut ke alamat dibawah:
i. Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
ii. Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/
Penjaga.
iii. Sijil-sijil persekolahan.
iv. Satu keping gambar berukuran pasport.
v. Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja), atau; slip gaji terakhir ibu dan
bapa (bagi pemohon yang tidak bekerja).
vi. Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti belajar (untuk pegawai
kerajaan).
vii. Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (jika ada).
viii. Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar).
Bahagian Pembangunan Pendidikan
Yayasan Sabah
Aras 5, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU

Nota :
● Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera
jika sudah menerima tawaran tersebut.
● Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
● Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak mendapat jawapan selepas
30 September 2018.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Alamat:
Menara Tun Mustapha
Yayasan Sabah Headquarters Complex
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Tel: +(60) 88 326300
Fax: +(60) 88 326424
Email: ysinfo@ysnet.org.my

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yayasan Sabah.

No comments

Powered by Blogger.