Header Ads

Biasiswa Yayasan Sime Darby Ijazah Sarjana Muda 2018

Biasiswa Yayasan Sime Darby Ijazah Sarjana Muda 2018 | Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Ijazah? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2018 bagi Ijazah Sarjana Muda secara online di portal rasmi YSD. Permohonan biasiswa ini telah dibuka sehingga 6 April 2018 dan dikhususkan dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa.


Biasiswa Yayasan Sime Darby Ijazah Sarjana Muda 2018

Biasiswa Yayasan Sime Darby Ijazah Sarjana Muda 2018


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Biasiswa Yayasan Sime Darby Ijazah Sarjana Muda 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sime Darby Ijazah Sarjana Muda 2018


Antara syarat-syarat yang pemohon perlu patuhi sebelum membuat permohonan biasiswa Sime Darby 2018 :

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur 25 tahun atau ke bawah;
3. STPM / Pra-Universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma Tempatan (minimum CGPA sekurang-kurangnya 3.30); atau 3A untuk program A-Level;
4. Jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan sebanyak RM10,000 dan ke bawah;
5. Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, acara sukan dan khidmat masyarakat;
6. Kualiti kepimpinan yang kuat melalui pelbagai kedudukan kepimpinan yang diadakan di sekolah dan masyarakat.

BIDANG PENGAJIAN 

Berikut adalah bidang pengajian yang ditawarkan biasiswa Sime Darby bagi Ijazah Sarjana Muda untuk kemasukan universiti:

A. Kursus berkaitan perniagaan:

Komunikasi Massa (Pemasaran Digital)

B. Kursus berkaitan Kejuruteraan dan Sains:

○ Kejuruteraan Mekanikal/ Awam
○ Sains Aktuari
○ Sains Pertanian
○ Sains Persekitaran
○ Sains Komputer
○ Matematik / Sains Perangkaan
○ Teknologi Perladangan
○ Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan
○ Arkitek landskap

Universiti Tempatan Yang Diterima 

Berikut adalah senarai universiti tempatan, yang disahkan oleh Yayasan Sime Darby (YSD) untuk program biasiswa:

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
6. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
7. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Taylor’s University

NILAI BIASISWA

Biasiswa penuh meliputi yuran tuisyen, elaun sara hidup, elaun buku dan elaun komputer.

Cara Biasiswa Yayasan Sime Darby Ijazah Sarjana Muda 2018 Online 


1. Kepada pemohon yang berminat dan berkelayakan boleh membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2018 secara dalam talian di KLIKSINI.
2.  Permohonan ditutup pada 6 April 2018.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby Ijazah Sarjana Muda 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.