Header Ads

Permohonan Biasiswa Gamuda 2018 Online

Permohonan Biasiswa Gamuda 2018 Online | Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Ijazah? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa Gamuda 2018 secara online di portal rasmi Gamuda. Permohonan biasiswa ini boleh dibuat bermula 15 Mac 2018 dan dikhususkan dalam bidang pengajian Ijazah sepenuh masa bagi program kejuruteraan, perakaunan, hartanah dan sebagainya.

Permohonan Biasiswa Gamuda 2018 Online

Permohonan Biasiswa Gamuda 2018 Online


Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Biasiswa Gamuda 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Gamuda 2018


Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah, sekiranya berminat untuk memohon :

1. Mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam STPM atau yang setaraf (misalnya A-Level, Matrikulasi, Foundation/Asasi, Diploma).
2. Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik.
3. Memiliki kualiti kepimpinan, nilai dan watak yang baik dan komitmen untuk berjaya kelak.
4. Telah ditawarkan ke dalam mana-mana institusi yang bereputasi (iaitu universiti terkemuka di Malaysia / dunia) untuk mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa semasa dipanggil untuk temuduga.
5. Mesti menunjukkan bukti keperluan kewangan.
6. Bersedia untuk berkhidmat kepada Kumpulan Gamuda untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian.
7. Tidak boleh menjadi penerima biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada organisasi lain.

Bidang Pengajian

Pemohon yang berjaya ditawarkan ke Universiti Awam (UA)/IPTS/Kampus asing) di Malaysia dalam bidang berikut :

○ Engineering
○ Quantity Surveying / Building Surveying / Construction Management
○ Technical Sciences (Geology, Geomatics)
○ Township & Urban Planning
○ Architecture / Landscape Architecture
○ Property & Real Estate Management
○ Accounting / Finance / Business IT
○ Human Resource / Psychology

Untuk universiti luar negara hanya dalam bidang berikut sahaja :

Engineering (Civil, Mechanical, Electrical or Environmental)

Cara Permohonan Biasiswa Gamuda 2018 Online


1. Untuk membuat permohonan dalam talian (online) di pautan http://gamuda.com.my/gamuda-scholarship/

Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook Gamuda di https://www.facebook.com/GamudaScholarship/.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Gamuda 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.