Header Ads

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018 | Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan PHD di IPTA? Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa pendidikan. Untuk makluman, kini anda dipelawa membuat permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018 di portal rasmi YPJ. Permohonan biasiswa ini akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan PHD sehingga tarikh tutup pada 11 April 2018.

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018 termasuk syarat-syarat kelayakan dan aplikasi online :

Syarat Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018


Antara syarat-syarat permohonan biasiswa Sultan Ibrahim 2018 :

a) Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor;
b) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor;
c) Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja;
d) Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
e) Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT;
f) Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih;
g) Pengajian adalah sepenuh masa;
h) Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama;
i) Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat;

1. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

A. Peringkat Ijazah Sarjana

○ Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

B. Peringkat Doktor Falsafah

○ Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara;
○ Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT;

2. Bidang Tajaan
a) Sains Kesihatan
b) Sains Sosial
c) Sastera
d) Sains Tulen
e) Kejuruteraan

3. Tempoh Penajaan
a) Ijazah Sarjana : 1 hingga 2 tahun
b) Doktor Falsafah (PhD) : 3 hingga 4 tahun

Cara Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018


1) Muat turun borang permohonan di laman web rasmi YPJ. Klik DISINI.
2) Lengkapkan borang permohonan
3) Borang yang lengkap hendaklah diserahkan ke YPJ bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan
selewat-lewatnya pada 11 April 2018
4) Permohonan boleh dihantar melalui serahan terus di kaunter YPJ atau melalui pos
5) Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
PENTING

Semua dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai gred A atau yang setaraf dengannya ;

1) Salinan kad pengenalan pelajar
2) Salinan kad pengenalan ibubapa/ penjaga
3) Salinan surat tawaran IPT
4) Salinan transkrip penuh terkini
5) Keputusan peperiksaan terkini
6) Slip gaji terkini pemohon (bagi yang telah bekerja)
7) Pengesahan cuti tanpa gaji dari majikan (bagi yang telah bekerja)
8) Struktur penuh yuran pengajian

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018 secara online. Semoga anda berjaya menerima tawaran biasiswa pendidikan ini.

No comments

Powered by Blogger.