Header Ads

Permohonan UPUOnline Sesi 2018/2019 Lepasan SPM/ STPM

Permohonan UPUOnline Sesi 2018/2019 Lepasan SPM/ STPM | Adakah anda pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) sesi 2018/2019? Panduan buat pemohon khususnya pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang ingin membuat Permohonan UPU sesi akademik 2018/2019. Untuk makluman, bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan kini anda boleh membuat Permohonan UPUOnline sesi 2018/2019 secara online di laman sesawang UPU. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 April 2018.

Permohonan UPUOnline Sesi 2018/2019 Lepasan SPM/ STPM

Sepertimana anda tahu, sistem UPU atau lebih dikenali sebagai UPUOnline adalah merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan pelajar yang memenuhi syarat kelayakan UPU membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia. Sebelum itu, pastikan pemohon membeli No. Pin Unik ID UPU terlebih dahulu untuk membolehkan anda mengakses sistem UPUOnline.

Permohonan UPUOnline Sesi 2018/2019 Lepasan SPM/ STPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara permohonan UPU 2018/2019 termasuk tarikh-tarikh permohonan dan aplikasi online :

Tarikh Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/2019

○ Tarikh Dibuka: 5 Februari 2018 sehingga tarikh tutup pada 10 April 2018
○ Aplikasi Online : http://upu.mohe.gov.my/web/
○ Harga No. Pin UPU : RM15.60 (tanpa dikenakan caj GST).

Cara Permohonan UPU 2018 Online

Berikut adalah panduan atau cara membuat permohonan UPU sesi akademik 2018/2018 secara online :

1. Pemohon perlu membeli No. Pin UPU terlebih dahulu di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan. Harga seunit nombor pin UPU adalah berharga RM15.60 sahaja.
2. Setelah anda mempunyai nombor pin UPU, maka anda boleh membuat Permohonan UPU 2018/2019 secara dalam talian di http://upu.mohe.gov.my/web/.
3. Pastikan pemohon memilih Kategori Permohonan bagi lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf masing-masing.
👉 Lepasan SPM/Setaraf
👉 Lepasan STPM/Setaraf
4. Isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap dan submit permohonan tersebut setelah menyemak semula permohonan yang telah dibuat.
5. Pastikan pemohon mencetak borang Permohonan UPU 2018/2019 sebagai bahan bukti untuk masa hadapan.

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 - 8870 8200 atau terus layari ke laman web UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/.

Selamat membuat Permohonan UPU 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia. Bagi anda yang ingin membuat pinjaman biasiswa boleh rujuk info disini.

No comments

Powered by Blogger.