Header Ads

Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM

Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM | Adakah anda pelajar lepasan SPM dan STPM tahun 2017? Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 secara rasminya pada 15 Mac 2018. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang. Sudah pastinya anda sedang mencari-cari tawaran biasiswa 2018 yang sesuai dipohon mengikut bidang pengajian masing-masing?

Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya pelbagai pihak sama ada dari kerajaan mahupun agensi korporat yang menawarkan biasiswa atau pinjaman pelajaran bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan. Bagi memudahkan pelajar, admin mybiasiswa kongsikan senarai penuh biasiswa 2018 terkini untuk lepasan SPM dan STPM. Kini, pelajar berpeluang untuk membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019 di portal rasmi UPU.

Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM


Berikut dikongsikan adalah senarai terkini biasiswa 2018 bagi lepasan SPM dan STPM sebagai panduan buat semua pelajar :

Biasiswa JPA 2018


Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM

Program penajaan JPA in dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2017 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, sains dan teknologi di negara Jepun Korea Perancis dan Jerman.

Tarikh : 19 Mac - 26 Mac 2018
Info Lanjut : Biasiswa JPA

Biasiswa PETRONAS 2018

Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM

Permohonan biasiswa PETRONAS 2018 terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang berminat dalam Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang minyak dan gas.

Tarikh Tutup : 22 Mac 2018
Info Lanjut : Biasiswa Petronas

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2018

Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2017 yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat pra-universiti dan Ijazah Sarjana Muda di luar negara.

Tarikh Tutup : 22 Mac 2018
Info Lanjut : Biasiswa YTN

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2018 (UNITEN)


Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2017 yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat pra-universiti dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Tarikh Tutup : 22 Mac 2018

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2018


Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad adalah bagi pelajar yang berkelayakan untuk memohon Anugerah Biasiswa PNB Global 2018 untuk lanjutan ke luar negara.

Tarikh Tutup : 29 Mac 2018
Info Lanjut : Biasiswa PNB

Biasiswa Yayasan Sime Darby 2018

Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM

Permohonan biasiswa Yayasan Sime Darby ini dikhususkan dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa.

Tarikh Tutup : 6 April 2018
Info Lanjut : Biasiswa YSD

Biasiswa SHELL 2018

Senarai Biasiswa 2018 Terkini Bagi Lepasan SPM & STPM
Shell Malaysia membuka peluang dunia termasuk peluang untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di universiti peringkat teratas global, mengambil bahagian dalam mentoring, program biasiswa dan selepas tamat pengajian.

Tarikh Tutup : 25 Mac 2018
Info Lanjut : Biasiswa SHELL

Selamat membuat Permohonan biasiswa 2018 bagi lepasan SPM dan STPM. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan untuk pengajian ke Diploma dan Ijazah.

No comments

Powered by Blogger.