Header Ads

Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2018

Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2018 | Adakah anda pemohon yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Ijazah Sarjana Muda? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda ditawarkan untuk membuat permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2018 secara online bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama. Permohonan ini telah dibuka bermula 16 Mei sehingga tarikh tutup pada 22 Mei 2018 (Selasa) jam 5.00 petang.

Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2018

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) mengikut syarat yang ditetapkan.

Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara 2018 termasuk syarat-syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 


Pemohon mesti memenuhi semua keperluan syarat-syarat seperti di bawah :

A. Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
4. Mempunyai kesihatan yang baik; dan
5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.

B. Syarat Khusus

1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
2. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian: 

1. Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30;
2. Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:
a. Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan; atau
b. Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan.
3. Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;

B. Bidang Perubatan dan Pergigian: 

1. sedang mengikuti pengajian di tahun pertama; dan
2. lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.

Cara Permohonan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2018 


1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama
tujuh (7) hari mulai 16 Mei 2018 (Rabu). Calon boleh merujuk Frequently Ask
Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi mendapatkan maklumat lanjut
berhubung program yang ditawarkan.
2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan
sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira
untuk tujuan penyimpanan data.
3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2018 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
4. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau
http://esilav2.jpa.gov.my/.

Nota : Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman
sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ pada Ogos 2018 (tarikh sebenar akan
dimaklumkan kemudian). Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh
keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal eSILA.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat
dengan menghubungi talian 03-8885 3049 mulai 16 hingga 22 Mei 2018 (hari
bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang atau kemukakan maklum
balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di
http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan tersebut bagi pengajian anda.

No comments

Powered by Blogger.