Header Ads

Permohonan Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang 2018

Permohonan Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang 2018 | Adakah anda pemohon yang sedang mengikuti pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi IPTA/ IPTS? Berita baik buat anda khususnya anak jati Pulau Pinang yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda ditawarkan untuk membuat permohonan Bantuan Awak IPTA yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang. Borang permohonan boleh diambil dimana-mana kaunter yang berdekatan. Permohonan ini telah dibuka bermula dan tidak dinyatakan tarikh tutup permohonan.

Permohonan Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang 2018

Permohonan Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang 2018 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara permohonan Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang termasuk syarat-syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Bantuan Awal IPT Pulau Pinang 2018 


Pemohon mesti memenuhi semua keperluan syarat-syarat seperti di bawah :

1.Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.

2.Pemohon mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.

3.Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran

4.Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.

5.Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.

6.Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.

7.Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan

8. Kursus perfileman, muzik, tarian dan kursus tajaan KEMAS seperti kursus jahitan, masakan dan sebagainya tidak dipertimbangkan.

9.Pelajar dari daerah-daerah di negeri bersempadan (Kulim, Kuala Muda, Parit Buntar dan sekitarnya) dengan syarat pemohon atau penjaga membayar Zakat kepada ZAKAT PULAU PINANG

Cara Permohonan Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang 2018 


Berikut adalah cara-cara atau panduan permohonan Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang 2018 :

1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran

4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).

5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2018

Selamat membuat Permohonan Bantuan Awal IPT Zakat Pulau Pinang tahun 2018. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan tersebut bagi pengajian anda.

No comments

Powered by Blogger.