Header Ads

Permohonan Biasiswa Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2021 Online

Permohonan Biasiswa Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2021 Online. Adakah anda pelajar lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana atau PHD di universiti tempatan atau luar negara? Berita baik buat calon yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa pendidikan. Untuk makluman, kini anda dipelawa memohon Biasiswa JPA Program Pelajar Cemerlang (PPC) bagi pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama / sarjana tajaan JPA. Permohonan dibuka secara atas talian di Portal eSILA mulai 18 Julai 2018 (Rabu) hingga 24 Julai 2018 (selasa).

Permohonan Biasiswa Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2021 Online

Permohonan Biasiswa Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2021 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa JPA Program Pelajar Cemerlang (PPC) termasuk memaparkan tarikh, syarat-syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online :

○ Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia

Syarat Kelayakan Biasiswa JPA Program Pelajar Cemerlang (PPC)


A. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian
peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;
(ii) Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;
(iii) Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana;
(iv) Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2017 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);
(v) Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2018;
(vi) Mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi
pengajian peringkat Kedoktoran.

Cara Permohonan Biasiswa JPA Program Pelajar Cemerlang Online 


1. Permohonan dibuka secara atas talian di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 18 Julai 2018 (Rabu) jam 9.00 pagi hingga 24 Julai 2018 (selasa) jam 5.00 petang. Calon
boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ)
yang dimuat naik di Portal eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program.

2. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2018 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

● Calon-calon yang memohon program penajaan ini juga dikehendaki untuk
menghadiri sesi Student Assessment Center (SAC) yang dijadualkan mulai 7 Ogos – 9 Ogos 2018. Calon-calon juga dikehendaki untuk membawa dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal pada sesi SAC tersebut. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Kad pengenalan calon;
2. Semua transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana
dan Skrol Ijazah Pertama / Sarjana. Transkrip peperiksaan yang menggunakan bahasa asing perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan Negara;
3. Bagi pelajar Sarjana / Kedoktoran yang sedang atau bakal mengikuti pengajian secara penyelidikan, pelajar perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan pembentangan;
4. Selain daripada kaedah pengajian di atas, pelajar Sarjana yang sedang / bakal mengikuti pengajian perlu menyediakan plan of study yang telah disahkan oleh penyelia untuk rujukan panel; dan
5. Surat tawaran tanpa syarat universiti di peringkat Sarjana / Kedoktoran. Sekiranya tawaran kemasukan adalah tawaran
bersyarat, ia mestilah di atas sebab pengesahan sumber kewangan sahaja.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui
laman sesawang eSILA pada 30 Ogos 2018
(Khamis) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam lawan sesawang eSILA.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (3 talian) mulai 18 hingga 24 Julai 2018 (hari bekerja) mulai jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system.do.

BACA JUGA :
● Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+
● Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis

8 comments:

  1. The team’s passion and seamless service distinguish them UI/UX design company and detailed builds create value for end-users.

    ReplyDelete
  2. Your website is terribly informative and your articles are wonderful.
    Bonuses

    ReplyDelete
  3. Nice answers in replace of the question with real point of view and explaining about that.
    website design company

    ReplyDelete
  4. They built a deep understanding of web design studio in the area of user-interface design project requirements thanks to their clear, direct communication

    ReplyDelete
  5. For the excellent company Begin with the internet site, the customer service over the cell phone, to the detailed care they deliver in your presence
    leather jacket

    ReplyDelete
  6. They manages the niche edit services campaigns of a funeral service hotline company to boost its revenue growth

    ReplyDelete
  7. The team maintained constant communication, responding to any doubts or questions immediately.
    best branding companies

    ReplyDelete
  8. That’s really amazing and extraordinary blogs & can help those who get issues in searching this type of information.
    app design service

    ReplyDelete

Powered by Blogger.