Header Ads

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa 2020

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa 2020. Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Sarjana dan PHD? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, sukacita Jabatan ini mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat untuk memohon kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D secara separuh masa. Permohonan dibuka mulai 8 Oktober 2018 hingga 2 November 2018 secara online di portal eSila JPA.

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa 2018/2019

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa 2020 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa


Pegawai yang memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang
sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
(ii) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup
permohonan;
(iii) Pegawai berumur tidak lebih daripada 50 tahun bagi peringkat Sarjana
serta 46 tahun bagi peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada 1 Januari 2018;
(iv) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85
markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2015, 2016 & 2017). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
(v) Telah menerima tawaran dan memulakan pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana atau Ph.D pada tahun 2018 secara separuh masa di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti di Lampiran A1;
(vi) Sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Ph.D pada
tahun 2018 secara separuh masa di universiti-universiti seperti di Lampiran A1 dengan syarat masih mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester pada tarikh tutup permohonan;
(vi) Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;
(vii) Telah mendapat kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;
(viii) Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang ditawarkan seperti di Lampiran A2;
(ix) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;

Cara Permohonan Biasiswa Bursa Malaysia Online 


Tanggungjawab Pegawai :

1. Pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan HLPSB secara dalam talian di portal eSila JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 8 Oktober
2018 sehingga 2 November 2018.

2. Borang permohonan HLPSB yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua
Jabatan/Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan
bersama-sama:
(i) Salinan Kad Pengenalan;
(ii) Salinan Surat Tawaran kemasukan ke institusi;
(iii) Salinan slip pendaftaran/Surat pengesahan pendaftaran kemasukan ke institusi;
(iv) Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);
(v) Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip, sekiranya ada);
(vi) Salinan Senarai Tugas;
(vii) Salinan kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan
(viii) Borang Maklumat Ringkas Pengajian (yang dilengkapkan oleh pihak institusi pengajian seperti di LAMPIRAN D);

3. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

Keputusan Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa 2018-2019 


1. Keputusan pencalonan yang berjaya akan diumumkan di portal JPA iaitu
http://esilav2.jpa.gov.my pada Disember 2018.

2. Segala keputusan permohonan adalah muktamad dan sebarang rayuan
tidak akan dipertimbangkan.

Semoga anda berjaya ditawarkan biasiswa pendidikan ini.

2 comments:

  1. The team had good project management skills and was always willing to help out the client in struggling areas.
    UX research companies

    ReplyDelete
  2. Your blogs stuff is purely enough for me personally.
    top web design firm

    ReplyDelete

Powered by Blogger.