Header Ads

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 Online

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 Online. Anda pelajar yang sedang menyambung pengajian ke IPT? Berita baik buat pelajar IPT khususnya anak jati Selangor yang ingin memohon pinjaman pendidikan atau bantuan kewangan untuk kemasukan IPTA/ IPTS. Untuk makluman menerusi daripada portal Zakat Selangor, mempelawa kepada yang berminat dan berkelayakan untuk membuat permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS IPT) 2018 akan dibuka mulai 25 November 2018 hingga 31 Januari 2019. Permohonan pendidikan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web Zakat Selangor.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 Online

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor atau ringkasnya SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor bertujuan untuk meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Keutamaan sumbangan ini khususnya kepada golongan berpendapatan pertengahan dengan menggunakan kaedah pengiraan Haddul Kifayah.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar sumbangan dan aplikasi permohonan :

Tarikh permohonan : 25 November 2018 hingga 31 Januari 2019

Syarat Kelayakan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor SPZAS


Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor :

1. Pemohon mestilah beragama Islam.
2. Warganegara Malaysia.
3. Pemohon kelahiran Selangor atau menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
4. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar IPT dalam negara bagi semester dua dan ke atas sahaja di peringkat sijil/ pra universiti/ asasi/ matrik/ pra diploma/ diploma/ ijazah pertama/ sijil profesional dan ijazah sarjana.
5. Pendapatan seisi rumah hendaklah tidak melebihi RM5,000 yang menggunakan kaedah haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf.

Kadar Sumbangan 

i. Sejumlah RM700 bagi setiap peringkat pengajian. 
ii. Sumbangan adalah di bawah peruntukan Asnaf Fisabillah. 

Cara Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 


Berikut dikongsikan adalah cara memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 seperti di bawah ;

1. Bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara online di portal rasmi Lembaga Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/spzas.

Nota : Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer) selepas kelulusan sumbangan ini. 

Untuk keterangan lanjut tentang SPZAS IPT, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343. 

Selamat membuat permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 secara online. Semoga anda berjaya ditawarkan bantuan pendidikan ini. 



No comments

Powered by Blogger.